60,000 pekerja kilang China diganti dengan robot


Pengeluar utama peranti bagi Apple dan Samsung, Foxconn, dilaporkan membuang 60,000 pekerja di satu daripada kilangnya di China dan menggantikan mereka dengan robot. Kilang di wilayah Kunshan mengurangkan bilangan pekerja daripada 110,000 kepada 50,000 orang, lapor akhbar South China Morning Post.

“Banyak lagi syarikat dijangka mengikut jejak itu,” menurut ketua publisiti kawasan itu, Xu Yulian. Pihak pengurusan mengesahkan kebanyakan kerja pengeluaran kini dilakukan secara automatik, tetapi menegaskan tidak semestinya ia bermakna kehilangan kerja untuk jangka panjang. Foxconn berhasrat meningkatkan pengeluaran secara automatik tetapi pada masa sama mengekalkan pekerja di negara itu.

“Kami menggunakan kejuruteraan robotik dan teknologi pengeluaran inovatif lain untuk menggantikan tugas berulang, dan menerusi latihan juga membolehkan pekerja memberi tumpuan kepada elemen bernilai tinggi dalam proses pengeluaran,” kata Foxconn dalam kenyataan kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Foxconn, kontraktor pengeluar iPad dan iPhone, dikritik kerana keadaan kerja bersifat menindas, yang sebelum ini pernah menyebabkan pekerja membunuh diri. – Agensi   DISYORKA

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s